Monday 28 September 2015

BAB 2 Konsep Kesantunan

Konesp Kesantunan


Secara amnya konsep kesantunan sangat luas dan merangkumi aspek-aspek berikut:


  1. Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus
    Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat.
  2. Kesantunan sangat kontekstual.
    Nilai kesantunan berlaku pada tempat. atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain. Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali. Penggunakan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan bagi masyarakat Melayu.
  3. Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak.
    Misalnya antara anak dan orang tua, antara dua orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru dan sebagainya. Seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa. Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar. 
  4. Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.
    Misalnya cara berpakaian (berbusana), cara bekerja, cara bertutur, cara makan, cara belajar, cara berpolitik dan lain-lain.

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

  • Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

    Kesantunan terbahagi kepada dua jenis seperti yang dijelaskan oleh Asmah Hj Omar, iaitu,:

    i) Kesantunan asas - merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain. 

    ii) Kesantunan berkala - kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat tertentu. 

  • Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Dalam usaha mengurangkan pergeseran atau konflik penggunaan bahasa mesti halus, beradap sopan, perlakuan lemah-lembut, dan budi pekerti.
  • J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
  • Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis, antaranya ialah:
  • i) "Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam."
  • ii) "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara."
  • iii) "Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji." 
  • Menurut, Aristotle ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
  • Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat. 

Di samping itu, kesantunan berbahasa juga menitikberatkan penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk laras bahasa istana seperti patik, tuanku, bersemayam, bersiram, junjung kasih dan sebagainya. 

Kesimpunya, kesantunan berbahasa:

  • Melibatkan penggunaan bahasa halus semasa berinteraksi, penggunaan kosa kata, kata ganti dan sebagainya.
  • Terdiri daripada kesantunan verbal dan nonverbal.
  • Perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini kerana mengandungi nilai-nilai murni dan perlakuan yang positif. 
Budaya atau kebudayaan yang berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal. Di dalam pengertian yang luas pula budaya bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin, colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial. Jadi konsep kesantunan terdapat dalam semua budaya atau masyarakat, namun dapat perbezaan.
Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifan dalam masyarakat masing-masing. 

Komunikasi Silang Budaya

Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. 

  • Ia dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku etika serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
  • Segala komunikasi yang terjadi lebih toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika nilai-nilai kesantunan sesuatu budaya atau masyarakat difahami dan dihayati.
Budaya dan komunikasi mempunyai kaitan yang rapat; budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi dan berbeza dalam setiap budaya, contohnya:

  • Di Barat, mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap lazim sebagai cara menghormati tetamu. Namun bagi masyarakat timur perbuatan tersebut sesuatu yang tidak sopan.
  • Pandangan mata secara terus dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu, asas utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun. Berbeza pula dengan budaya masyarakat Barat yang sekiranya seseorang itu tidak menlakukan pandangan mata beliau dianggap menyimpan muslihat dan bersikap sangsi terhadap sesuatu.
  • Dalam masyarakat Melayu melayan tetamu sangatlah diutamakan walaupun dalam keadaan sibuk, namun bagi masyarakat Korea sekiranya sibuk mereka memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu itu balik.

Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu sangat mementingkan kesantunan kerana menjadi tuntutan ajaran Islam. Oleh itu nilai-nilai ini begitu banyak diamalkan, antaranya ialah:


  • Berpegang kuat kepada adat resam dan agama.
  • Memberi salam apabila bersua muka.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.
  • Penggunaan kata sapaan dan gelaran yang sesuai mengikut konteks.
  • Panggilan yang baik kepada seseorang.

Nilai-nilai Kesantunan Masyarakat Cina

Masyarakat Cina juga mementingkan nilai-nilai kesantunan dalam pergaulan seharian, antaranya ialah:

  • Tunduk dan memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu.
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu.
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

Nilai-Nilai Kesantunan Masyarakat India 

Begitu juga dengan masyarakat India nilai-nilai kesantunan begitu dititikberatkan dalam pergaulan. Antaranya ialah:


  • Duduk bersila semasa makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke kuil. 
  • Mematuhi adat dan resam.
  • Salam orang yang lebih tua.

Kesantunan Merentas Budaya Dalam Pendidikan

Kerjaya sebagai seseorang guru tidak mengira kaum dan akan mendidik murid-murid yang mempunyai pelbagai kaum. Jadi, seseorang guru mestilah sentiasa mengamalkan nilai-nilai kesantunan yang baik dari segi:

  • Kesantunan berpakaian
  • Kesantunan tingkah laku
  • Kesantunan berkomunikasi
Muka dalam masyarakaat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000). Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa berkaitan dengan muka. 

Antara tersebut ialah: muka tembok, muka tarpal, muka sengkalan, muka bantal atau muka papan, yang semuanya merujuk kepada orang yang tidak tahu malu.




  • Malu dapat fahami sebagai satu suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepecayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa. 

  • Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. 

  • Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak. Ia meliputi pelbagai aspek pengertian termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga, dan masyarakatnnya kepada orang lain. 

  • Mulut ialah satu anggota yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut merupakan bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka. Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. 

  • Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut kerana itu ada peribahasa yang berkaitan dengan lidah yang buruk seperti "lidah bercabang" dan "lidah buaya". Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif (santun), maka dikata "lidah manis"dan "lidah pendita". 

  • Hati menjadi pendorong sesuatu ungkapan ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, kata-kata menggambarkan hati. Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya. 

Muka dalam masyarakaat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000). Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehingga tercipta pelbagai peribahasa berkaitan dengan muka. 

Antara tersebut ialah: muka tembok, muka tarpal, muka sengkalan, muka bantal atau muka papan, yang semuanya merujuk kepada orang yang tidak tahu malu.


  • Malu dapat fahami sebagai satu suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepecayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa. 

  • Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. 

  • Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas serta menjadi asas didikan anak-anak. Ia meliputi pelbagai aspek pengertian termasuklah yang paling tinggi yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu, keluarga, dan masyarakatnnya kepada orang lain. 

  • Mulut ialah satu anggota yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut merupakan bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka. Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. 

  • Penjagaan lidah sama penting dengan penjagaan mulut kerana itu ada peribahasa yang berkaitan dengan lidah yang buruk seperti "lidah bercabang" dan "lidah buaya". Namun, sekiranya lidah itu digunakan secara positif (santun), maka dikata "lidah manis"dan "lidah pendita". 

  • Hati menjadi pendorong sesuatu ungkapan ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, kata-kata menggambarkan hati. Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya. 

No comments:

Post a Comment