Wednesday 30 September 2015

BAB 3 Bentuk dan Jenis Kesantunan

3.1 & 3.2Kesantunan Verbal

Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukan daripada kita. (Amat Juhari Muin, 1992). 

Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain-lain lagi.

Secara ringkasnya, konsep kesantunan bahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dalam masyarakat bahasa tersebut. Contohnya, bertanya khabar apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain:

  • Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
  • Assalamualaikum
  • Terima kasih, sila duduk dan sebagainya. 

Aspek-Aspek Kesantunan Verbal

  • Cara sapaan lisan menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa kesopanan ketika menggunakan bahasa

    • Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar "disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan panggilan yang tersendiri.
    • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan  penggabungan gelaran rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri tertentu. Penggunaan bahasa dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan bahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.

    • Antara ungkapaan berkenaan ialah: patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, panggilan umur dan keakraban hubungan.

Lihat contoh berikut

- Pak cik: Digunakan untuk orang lelaki yang sebaya dengan ayah sendiri.

- Mak cik: Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak sendiri.

- Tok: Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.

- Abang: Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.

- Kakak: Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.

- Adik: Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri.

Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:

  1. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
    E.g.: Pak Long, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Su
  2. Gabungan nama kekeluargaan asas
    Abang dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Ngah dan Kak Cik.
  3. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
    Diwakili oleh menantu, mentua dan ipar (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contohnya: abang ipar, adik ipar, mak long ipar, pak ngah ipar dan sebagainya.

Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja 

- Tuan: Digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Professor dan Syed

- Encik, Cik: Boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

- Puan: Untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Professor dan sebagainya. 

- Saudara: Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan forum, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.

- Saudari: Digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

- Tetuan: Hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman) seperti Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran Warisan

E.g.:

- Tun, Toh Puan, Puan Sri
- Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia)
- Datuk (Datuk Patinggi, Datuk Amar)
- Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor)
- Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

- Pendeta Za'aba (Gelaran kurniaan yang diberi oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Kediga (1956)

- Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

- Kata Panggilan Dalam Majlis Rasmi:

  • Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong (Rujukan Hormat: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda)
  • Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri (Rujukan Hormat: Duli Yang Maha Mulia)
  • Balu Raja (Rujukan Hormat: Yang Maha Mulia)
...dan sebagainya.

3.3 Komunikasi Nonverbal

Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata yang dikenali juga sebagai bahasa badan atau bahasa tubuh. 

Fungsi Komunikasi Nonverbal

  • Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal.
  • Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol lambang.
  • Kontradiksi (contrast/regulating) - menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan nonverbal.
  • Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan bahasa bukan verbal.
  • Penegasan (accenting/moderating) - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukan verbal.

Aspek-aspek Kesantunan Nonverbal

Gerakan Anggota Badan


  • Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi non verbal mempunyai makna tertentu.
  • Oleh itu, gerakan anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
  • Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti:

    - Isyarat Gerakan tangan
    - Isyarat Air Muka
    - Bahasa Tubuh

Gerakan Mata

Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya:

  • Matanya yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat.
  • Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya.
  • Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta.
  • Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/tidak tenteram perasaannya.

Gerakan Tangan 


  • Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahamkan kebanyakan orang tanpan mengira latar belakang kebudayaan.

  • Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.

  • Contohnya:

    - Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya.

    - Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/tolong senyap.

    - Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan seseorang.

    - Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan apa yang hendak disampaikan.

Mimik Muka


  • Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.

  • Air muka dapat menyataka emosi, kehendak dan harapan seseorang.

  • Riak muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Cth:

    - Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi akan mengetahui banyak maksud yang terseurat dan tersirat.

    - Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang. 

    - Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya. 

    - Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui untuk membentuk jalinan komunikasi yang dilalui untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.

3.4 Komunikasi Lisan

Komunikasi lisan juga dikenali sebagai komunikasi verbal. Ia merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual. Secara tidak langsung, komunikasi lisan dapat mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia malah boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak. 

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:

  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila.

Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

  • Ciri-ciri sebudatan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
  • Suara dan intonasi yang sopan
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
  • Penggunaan sistem panggilan yang betul
  • Gaya bahasa yang sesuai
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif
Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah:

  • Gaya percakapan yang sopan
  • Pandangan mata yang sesuai
  • Gerak laku yang bertatasusila
  • Mimik muka yang positif
  • Hayunan tangan yang sesuai
  • Imej diri

Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk:

  • Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan, pidato...etc.
  • Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon, perbualan di kedai... etc.
  • Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku
  • Pemilihan kata, ungkapan, ayat, dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.
  • Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
  • Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
  • Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.

3.5 Kesantunan Penulisan


Komunikasi bertulis memerlukan perhatian kepada proses komunikasi interpersonal. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak boleh bertanya secara langsung kepada penyampai mesej. 

Oleh hal yang demikian, komunikasi bertulis memerlukan penelitian yang mendalam dan serius kerana mesej yang ditulis tidak boleh diubah sesuka hati.


  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.

  • Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, laporan kertas cadangan, kertas kerja dan seumpamanya.

Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi formal/rasmi atau tidak rasmi/ tidak formal.

Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
  • Surat rasmi
  • Laporan 
  • Kertas Kerja
  • Ucapan Rasmi 
  • Pidato 
  • Minit Mesyuarat
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan-rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain

Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian adalah seperti:

  • Pengguanaan kata panggilan yang betul
  • Kata sapaan yang betul
  • Gaya bahasa yang betul 
  • Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
  • Isi yang tidak sensitif

Protokol Panggilan Hormat

E.g. : Yang di-Pertuan Agong (Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong)
E.g. : Perdana Menteri (Yang Amat Berhormat)
E.g. ; Ahli Dewan Negara/ Senator (Yang Berhormat Senator)
E.g. : Ketua Hakim Negara ( Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/ Datuk)
E.g. : Hakim Besar/ Hakim (Yang Amat Arif)
E.g. : Haji/ Hajjah (Yang Mulia Tuan Haji/ Hajjah)
E.g. : Uztaz/ Ustazah (Yang Berbahagia)
E.g. : Pengetua/ Guru Besar (Yang Berusaha)

Kesimpulan 

Kesantunan bahasa tercermin dalam cara komunikasi sama ada verbal atau nonverbal. 
  • Kita perlu mengambil kira norma-norma budaya dan cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang adala dalam masyarakat setempat. 
  • Perkataan atau bahasa yang diguanakan haruslah sesuai dengan situasi ketika berkomunkasi.

Sekiranya seseorang it tidak dapat menggunakan kesantunan bahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang:

  • Sombong
  • Angkuh
  • Tidak acuh
  • Egois
  • Tidak beradat
  • Bahkan tidak berbudaya

1 comment: