Tuesday 6 October 2015

Tutorial Bab 1: Ms 9, Soalan 1

Tutorial Bab 2: Ms 26, Soalan 1

Tutorial Bab 5: Strategi Kesantunan Verbal

Tutorial Bab 5: Kesantunan Bukan Verbal

Tutorial Bab 5: Strategi Kesantunan Verbal, Nonverbal, Lisan dan Penulisan

Tutorial Bab 5: Strategi Kesantunan Lisan

Tutorial Bab 5: Strategi Nonverbal

Tutorial Bab 4: Ms 65, Soalan 1

Tutorial Bab 2: Ms 23, Soalan 3

Tutorial Bab 1: Ms 15, Soalan 1

Tutorial Bab 1: Ms 9, Soalan 2

Tutorial Bab 3: Ms 44, Soalan 2

Tutorial Bab 3: Ms 44, Soalan 1

Tutorial Bab 3: Ms 48 Soalan 1

Bab 6 Isu Kesantunan Masyrakat Malaysia

1. PENGENALAN

    Malaysia kian menghadapi pelbagai isu-isu kemasyarakatan akibat zaman yang berubah, dan ia melibatkan seluruh rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Oleh sebab itu, kita akan bincangkan pada hari ini lima daripada isu-isu yang telah melanda Malaysia tetapi sehingga hari ini masih berleluasa dalam negara.

i) Pemerdagangan Manusia

Menurut Mejar Shairul Amin Bin Shaari (2011), isu perdagangan manusia merupakan satu aktiviti yang melibatkan pengangkutan atau pergerakan perpindahan sesuatu barangan atau orang melepasi sesuatu sempadan sesebuah tempat atau negara di mana ianya adalah terlarang serta menyalahi undang-undang tempatan negara berkenaan. Menurut Abdul Mukti Bin Baharudin dan Hajah Makiah Tussaripah binti Jamil (n.d.) pula, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 diharapkan dapat memberikan mekanisme penyelesaian yang lebih efektif dan berkesan bagi menangani masalah ini. Menurut mereka, selain daripada mengenakan hukuman penjara dan denda kepada para penjenayah, akta ini turut memperuntukan beberapa bahagian utama mengenai kaedah perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan kepada mangsa- mangsa sindiket pemerdagangan ini.

Menurut Abdul Mukti dan Hajah Makiah (n.d.), suatu punca perdagangan manusia adalah kehidupan yang sangat miskin dan mendesak menghalang usaha melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih sempurna. Natijahnya perdagangan seks menjadi jalan keluar yang paling mudah dan cepat untuk menampung kehidupan. Kemiskinan juga menyebabkan ramai wanita dan ibu keluar mencari pekerjaan dan menyebabkan anak terbiar tanpa jagaan hingga berisiko tinggi menjadi korban kepada sindiket pemerdagangan sebab-sebab dan tujuan-tujuan tertentu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Christopher Wan (seperti yang dipetik dalam oleh Abdul Mukti dan Hajah Makiah , n.d.) pula mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 negara di dunia telah dikenal pasti sebagai "negara sumber" suspek pekerja seks yang ditahan bekerja di Malaysia. 
Menurutnya lagi, kadar peningkatan ialah pada purata 20 hingga 25 peratus setahun, jumlah tertinggi penahanan antara tahun 2000 dan 2007 ialah warganegara dari Indonesia diikuti China, Thailand dan Filipina. Manakala warganegara dari Russia, India, Myanmar dan Uzbekistan menunjukkan penurunan dalam tempoh tahun yang sama. 

Oleh itu, Abdul Mukti dan Hajah Makiah (n.d.) mengatakan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini dengan memperuntukkan undang-undang yang melindungi mangsa daripada jenayah perdagangan. 

Misalnya, mereka menyatakan bahawa sindiket pemerdagangan wanita turut boleh berlaku dengan menggunakan tempat-tempat pengajian ini untuk menutup identiti mereka yang sebenar. Wanita yang direkrut atau dikirim ini kekadang menggunakan visa sebagai pelajar asing untuk memasuki sesebuh negara. Kesannya, apabila tiba ke negara tersebut, mereka akan dipaksa untuk melacurkan diri dan terlibat dengan perdagangan seks tanpa kerelaan.

Contohnya yang diberi oleh Abdul Mukti dan Hajah Makiah (n.d.) adalah seperti Kanun Keseksaan (Akta 574). Seksyen 366 dan 367 memperuntukkan larangan dan hukuman bagi kesalahan menculik atau melarikan perempuan dengan niat supaya boleh dipaksa melakukan persetubuhan luar nikah atau dipaksa hidup sebagai sundal hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Selain daripada itu, contoh kedua yang diberi adalah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670). Seksyen 12 menyatakan hukuman bagi kesalahan memperdagangkan orang yang bukan kanak-kanak dengan maksud dan tujuan eksploitasi adalah hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh dikenakan denda. Sekiranya kesalahan tadi dilakukan dengan wujudnya unsur ancaman, kekerasan, perdayaan, penyalahgunaan kuasa serta unsur pemberian atau penerimaan faedah dan bayaran kepada orang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan, maka hukumannya ialah maksimum penjara 20 tahun dan denda.   

Apa yang menariknya ialah akta ini turut menyediakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM500,000 bagi mereka yang mendapat keuntungan daripada eksploitasi  orang yang diperdagangkan. Dengan lain perkataan, berdasarkan akta ini, pihak yang menangguk di air keruh di kalangan bapabapa dan ibu-ibu ayam juga tidak akan terlepas dari dikenakan hukuman yang berat dan setimpal.

Terhadap isu ini, saya berasa bahawa isu ini merupakan sesuatu yang amat serius dan belum ditangani dengan sepenuhnya. Pada pendapat saya, akta-akta perlindungan terhadap mangsa pemerdagangan manusia perlulah diperkukuhkan dan hukuman yang dikenakan tidak terhad kepada mereka yang menjalankan jenayah pemerdagangan manusia sahaja, malahan mereka yang melanggan atau mendapatkan perkhidmatan juga patut dikenakan tindakan. Tidak kira kaum, agama ataupun status seseorang, saya percaya bahawa ia memang merupakan perkara yang amat tidak wajar dilakukan.


ii) Penderaan Kanak-Kanak



    Menurut Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak (2012), penderaan dan pengabaian kanak-kanak didefinisikan sebagai tingkah laku sosial yang tidak mematuhi norma-norma masyarakat atau tingkah laku devian. Pengkaji mendapati tingkah laku ini merupakan suatu kemelut yang rumit dan kompleks untuk didiagnosis, sama ada kejadian ini merupakan kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan.

    Menurut jurnal tersebut, hasil kajian telah mendapati bahawa faktor sosio-ekonomi merupakan salah satu faktor dominan penglibatan kanak-kanak dalam kes penderaan dan penganiayaan. Hasil kajian Engfer dan Gavranidou (seperti yang dipaparkan dalam Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak, 2012) juga mendapati bahawa terdapat tiga tingkah laku umum yang mempengaruhi kalangan ibubapa yang mendera kanak-kanak adalah seperti berusaha mencari kepuasan emosi dengan mendera kanak-kanak, tidak sabar dan tidak berdaya menghadapi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang bersifat hiperaktif, dan kawalan ibubapa bersifat autoritatif (wibawa) yang kaku.

Pengkaji berpendapat bahawa ibu bapa daripada golongan status sosio-ekonomi rendah sering menggunakan cara tradisional dalam mendidik anak-anak iaitu dengan menggunakan hukuman fizikal atau verbal (mendera secara emosi). Melalui pengamatan pengkaji mendapati bahawa sikap autoriti dan percaya bahawa cara mendidik seperti ini adalah paling berkesan dalam mensosialisasikan kanak-kanak. Kepercayaan ini telah sebati dalam hidup mereka dan sukar diubah, seolah-olah telah menjadi norma hidup masyarakat dalam persekitaran tempat tinggal mereka.

Menurut jadual Kes Penganiayaan Kanak-Kanak Megikut Negeri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (seperti yang dipaparkan dalam Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak, 2012), kes pengniayaan yang terbanyak berlaku di Selangor (pada tahun 2007) sebanyak 816 kes manakala tempat yang mempunyai amat sikit kes adalah Labuan yang hanya mempunyai satu kes pada tahun 2003.

Menurut laman web Unite Against Abuse pula, impak daripada penderaan kanak-kanak merangkumi kerosakan otak, perkembangan terbantut, kesukaran belajar, masalah menjalin persahabatan, tabiat agresif dan kemurungan.

Kerja Sosial Di Sekolah: Memahami dan Menangani Penderaan Kanak-Kanak (2012) menyatakan bahawa untuk salah satu cara mengatasi masalah ini adalah pihak guru-guru dan kaunselor bertanggungjawab dalam melindungi kanak-kanak daripada didera. Ia mengatakan bahawa pekerja sosial di sekolah amat diperlukan atas peranan dan tanggungjawab yang luas dalam menangani isu-isu pelajar khususnya yang berkaitan dengan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Dalam konteks ini, pekerja sosial di sekolah boleh bertindak sebagai agen aktif yang menjalin hubungan dan kerjasama secara efektif dengan ibu bapa, keluarga, guru-guru, pentadbir sekolah, pihak persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan agensi kebajikan negara seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani sesuatu kes. Justeru itu, pengkaji melihat kepentingan peranan pekerja sosial di sekolah dalam membantu pelajar-pelajar yang mengalami penderaan secara fizikal, seksual mahupun emosional. Pekerja sosial sekolah diyakini mampu membantu pelajar secara lebih berkesan melalui jalinan kerjasama dan hubungan yang efektif dengan kaunselor sekolah, pentadbir sekolah, keluarga pelajar, pihak berkuasa dan badan-badan kebajikan yang membela nasib kanak-kanak.

Pada pansdangan saya, kes penderaan kanak-kanak haruslah dipandang lebih serius agar apabila terjadinya penderaan, penderaan itu boleh dikesan dengan cepat dan ditangani serta merta. Saya berasa bahawa anak-anak yang didera ini  tidak sepatutnya menerima layanan yang begitu teruk kerana masih sedang berkembang ototnya dan dia mempunyai hak-hak sendirinya sebagai seseorang manusia.


Kesimpulan 

Di dalam dunia ini, kita selalu akan menghadapi isu-isu mahupun besar atau kecil. Lagilah jika dalam negara yang sedang membangun seperti Malaysia, kerana kita terpaksa bersaing dengan negara-negara membangun yang lain dan juga dengan negara-negara First World di dunia. Oleh itu, dalam setiap masalah yang kita hadapi kita perlulah menangani dengan matang dan berdiplomasi agar ia boleh selesai tanpa menimbulkan masalah yang baru. Yang penting sekali, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah berganding bahu untuk menghadapi cabaran bersama-sama kerana setiap daripada kita mempunyai satu peranan.