Monday 28 September 2015

Bab 4 Peraturan berbahasa

Peraturan berbahasa

Bab 4: Peraturan Bahasa

4.1 JENIS PERATURAN BAHASA

1. Peraturan linguistik
Menitikberatkan ketepatan bentuk dan pembinaan Bahasa. 
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan Bahasa sesuatu Bahasa adalah  melalui sebutan, intonasi dan tatabahasa. 
Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistic yang perlu kita patuhi terutama dalam sesuatu majlis rasmi yang dijalankan.
Contohnya, pengguna tanda baca seperti tanda soal, koma, titik dan sebagainya. Penggunaanya dalam komunikasi lisan termasuklah kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang
Sebutan perkataan hendaklah  tepat supaya dapat menyampaikan mesej dengan baik dan santun yang tinggi antara penutur dan pendengar

2. Peraturan sosiolinguistik
Berkaitan dengan penggunaan Bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (komunikasi lisan)
Peraturan sosiolinguistik yang menitikberatkan hubungan sosial antara penulis dengan pembaca (komunikasi tulisan)
Peraturan sosiolingustik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seorang yang lain

Contoh:dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul
Penggunaan gelaran dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara(dalam suasana yang tidak rasmi)

 3. Peraturan pragmatic
Satu kajian di mana perkataan dan sesuatu frasa itu digunakan dalam maksud tertentu dalam situasi yang tertentu
Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara bersopan dan berkesan
Menekankan penggunaan Bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi antara manusia 
Contoh: dalam perundingan, jual beli, ceram, dan dialog


4.2 JARAK SOSIAL
Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan bawah
Setiap lapisan tersebut disebut starata sosial.
Dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya
Jarak perabadan muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan

4.3 KONTEKS PERCAKAPAN
Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic untuk memahami pemakaian Bahasa
Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
Dibahagikan kepada lapan jenis:

a. Penutur dan Pendengar
Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

b. Topik pembicaraan
Dengan mengetahui topic pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topic pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di sampig itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang dibicarakan

c. Latar peristiwa
Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melari terjadinya peristiwa percakapan.

d. Penghubung
Penghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan Bahasa lisan atau tulisan. Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur . Hubungan langsung terjadi dalam dialog tanpa perantara sedangkan hubungan tidak langsung terjadi dengan telefon. 

e. Laras Bahasa
Penutur dan pendengar seharus dapat memilih laras Bahasa yang betul dan sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan. Amatlah ganjil jika ragam Bahasa baku diguna pakai dalam urusan  di pasar



f. Bentuk pesanan dan maklumat
Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental. Bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum jika pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jika pendengar terdiri daripada satu lapisan masyarakat bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat khusus. Isi dan bentuk pesanan hendaklah sesuai dengan kehendak pendengar untuk mengelakkan sukar dicerna oleh pendengar.

g. Peristiwa percakapan
Peristiwa percakapan bermaksud peristiwa yang mewakili kegiatan percakapan. sebagai  Contohnya pidato, perdebatan, seminar dan sebagainya.

4.4 TUJUAN DAN MATLAMAT
Dapat dikaitkan dengan bentuk wacana, iaitu sama ada wacana informative, wacana khas seperti majlis perasmian, majlis perpisahan atau hiburan. 
Berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jatina dan sebagainya
Perlu selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan.
Contohnya, bidang ilmiah, bidang industry, bidang pemasaran dan lain-lain
Harus bertepatan dengan suasana keadaan
Contohnya, tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa
Dalam percakapan, kita haruslah cakap apa yng penting dahulu
Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan
Contoh-contoh:
1. Perkara yang penting dan menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain
-Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu buruk telah berlaku. Perkara tersebut harus diberitahu secepat mungkin

2. Perkara yang penting tetapi tidak segera.
-Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.

3. Perkara yang tidak penting
-Kita boleh menyampaikan sesuatu yang tidak penting semasa berbual-bual pada masa lapang. Kita boleh memilih keadaan yang ‘relaks ‘ untuk memberitahu sesuatu yang tidak penting.

4.5 GILIRAN BERCAKAP
Masyarakat Melayu amat mementingkan giliran bercakap
Masyarakat Melayu mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
Sistem pola giliran digunakan supaya percakapan dapat diangsungkan sekata dalam kata lainnya setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama untuk berbicara

Contoh pola giliran
“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
“Mungkin anda memiliki gagasan lain?”
Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi kerana adanya kaitan antara satu masalah terhadap masalah yang lain atau satu topic terhadap topic yang lain.

Contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal:
Mungkin ada kaitannya dengan…
Mungkin agak menyimpang, tetapi…
Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah…

Contoh semasa menyangguh pendapat yang berbeza dengan pendapat kita:
a) Berikan permohonan maaf dahulu
b) Nyatakan kesan mendukung gagasan akan disangguh sebelum menjelaskan kekurangannya
c) Ungkapkan kekurangan dengan perkataan berpekerti dan tidak menyinggung
d) Beri alasan yang logic

Aturan giliran bercakap mengikut abad dan tataterbit:
DI KELUARGA
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang lebih besar
4. Pihak khususnya adik

DI SEKOLAH
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar

4.6 MEMULAKAN DAN AKHIRI PERCAKAPAN

Memulakan dan mengakhiri percakapan termasuk dalam aspek sosiolinguistik yang juga turut mempengaruhi kasantunan Bahasa
Masyarakat Melayu- percakapan yang santun mestilah bermula dengan assalamualaikum dan salamsejahtera atau selamat pagi dan sebagainya.
Cara yang paling efektif untuk membuka percakapan ialah dengan mengajukan pernyataan
Kalimat tanya boleh menghidupkan suasana, tatkala seseorang tidak tahu apa yang harus diucapkan untuk membuka percakapan

Contohnya: Hendak ke mana?

Manakala, percakapan boleh diakhirkan dengan mengucapkan terima kasih dan disudahkan dengan wabillahhitaufik wassaalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Contohnya: Sudah pukul berapa sekarang? Tidak terasa sudah dua jam kita berbincang.

Mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih

Contohnya: Terima kasih kerana sudi hadir

Mangakhiri percakapan dengan permohoman maaf

Contohnya: Minta maaflah sekiranya kedatangan kami  mengganggu saudara.

Mengakhiri percakapan dengan pernyataan harapan

Contohnya: semoga  kita akan bertemu lagi pada tahun hadapan

4.7 PEMILIHAN KATA

Gelaran Pergaulan Bebas
-gelaran Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkhawin, manakala ‘Encik’ untuk lelaki sahaja. Gelaran pergaulan ta bersahaja frmal untuk orang lelaki seperti ‘Tuan’, ‘Haji’, ‘Doktor’ dan ‘Profesor’ digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada diri sendiri ‘Saudara’ dan ‘saudari’ digunakan untuk orang lelaki dan perempuan 

Gelaran Warisan
-Contoh raja bagi negeri Perak. Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda bagi negeri Brunei Darussalam. Tengku untuk Kelantan, Pahang, Kedah dan Terrengganu. Gelaran keturunan orang-orang besar seperti Megat dan Puteri bagi negeri Perak, Nik dan Wan bagi negeri Kelantan, Abang bagi negeri Sarawak, Datu bagi negeri Sabah.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Mallaysia seperti Raden dari Jawa Daeng dari Bugis, Sidi, Sultan dari Minangkabau, Tengku dan Tengku dari Aceh.

Gelaran Kurnian, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Setia dan sebagainnya adalah gelaran diuniakan oleh kerajaan negeri. Toh Puan adalah gelaran kepada datuk Terengganu.

Contoh-contoh Gabungan Gelaran:
a. Kekeluargaan+Keagamaan- Pak Haji
b. Pergaulan Tak Bersahaja(kecuali saudara) + Keagamaan- Tuan Haji
c. Kekeluargaan+ warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan
d. Pergaulan Tak Bersahaja+ Keagamaan+ Warisa(hanya Nik).- Tuan Haji Nik
e. Warisan (Kecuali Nik)+ Keagamaan- Raja Haji
f. Kurniaan Kerajaan+ Akademik/Ikhtisas + Warsan+ Keagamaan- Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

No comments:

Post a Comment