Saturday, 26 September 2015

BAB 1 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Pengertian Konsep Budi dan Bahasa



Boleh Dikategorikan kepada Lima Ciri-Ciri

  • Pengertian Budi
  • Pengertian Bahasa
  • Pengertian Budi Bahasa
  • Ciri-Ciri Budi Bahasa
  • Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Apakah itu Budi?

  1. Menurut Teuku Iskandar (1970), perkataan budi yang berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.
  2. Maskud budi yang ditakrifkan oleh Zaidi Daud (1996) pula adalah peribadi insan yang mulia
  3. Menurut Kamus Dewan (2005), budi merupakan: akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik
  4. Menurut Islam pula, budi ialah: adab, sopan santun yang menggambarkan orang yang beriman.
  5. Pengertian budi pekerti yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali (2002) adalah budi pekerti berasaskan pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah
  6. Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal "ber" menjadi berbudi atau "man" di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling banyak menabur jasa dan bakti.

Secara Ringkasnya:

Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan, santun, berkakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berkakhlak serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain, 

Budi yang baik  juga akan melahirkan bicara yang santun dan halus yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.

Konsep Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Apakah itu Bahasa?

Berpandukan Kamus Dewan (2002), maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
  • Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan bangsa-bangsa lain. 
  • Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui dan diguna pakai oleh kelompok masyarakat itu. 
  • Sistem lambang bunyi ini menjadi medium komunikasi masyarakat tersebut dalam menjalani kehidupan seharian.
  • Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Menurut Ferdinand de Saussure (1960), bahasa erupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. 
  • Peraturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan persaan.
  • Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat dipersetujui dan diterima sebagai satu cara yang mempunyai makna boleh difahami oleh ahli masyarakat tersebut.
  • Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung kepada sosio-budaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat itu. 
  • Hal ini bermaksud sistem isyarat yang digunakan akan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. 
Berdasarkan definisi dan pengertian yang telah diberi oleh tokoh-tokoh termasuklah Noam Chomsky (1957), Asmah Hj. Omar (1986), Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), dan Lufti Abas (1985),

Boleh kita membuat kesimpulan bahawa bahasa mengandungi ciri-ciri berikut: 


  1. Bersistem dan sistematik - bahasa mempunyai peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna.
  2. Arbitari - bahasa yang wujud dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peratursn khusus yang dapat mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa itu. Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam kelompok masyarakat itu saja. 
  3. Vokal - bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan (vokal).
  4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-simbol itu akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan mempunyai makna yang disepakati bersama.
  5. Alat komunikasi - manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka.
  6. Dinamis - sesuatu bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman. 



Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa

Secara mendalamnya, pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.

Budi bahasa:

  • Merupakan nilai-nilai murni yang telah lama diamalkan sejak zaman dahulu hingga sekarang dalam menjaga keharmonian masyarakat. 
  • Dirujuk kepada sifat seseorang individu maka terbentuklah perkataan berbudi bahasa dan budi dan berbahasa. 
  • Pecakapan yang baik, teliti, dan elok dalam tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradap, bersopan santun, 
  • Sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia.
  • Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman. 
Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Melau Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelalukan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainyi disebut sebagai nilai-nilai murni

Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain dalam pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. 

Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi:

  • Individu
  • Kekeluargaan
  • Masyarakat
  • Kenegaraan
Kesemuanya adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan.

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Pengertiannya termasuk:
  • Berbudi dengan harta 
  • Membantu dengan tulang empat kerat 
  • Memberi nasihat. 
  • Memberi buah fikiran yang baik dan bernas
  • Memberi tunjuk ajar kepada seseorang
  • Bermanis muka
  • Bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau pendengar. 

Malah dalam konteks Malaysia yang mempunyai bangsa yang pelbagai kaum: sifat berbudi bahasa sangat penting bagi menjamin keharmonian kaum.

Konsep budi bahasa berdasarkan agama:

  • Islam - Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. 
  • Buddha - Hubungan yang baik antara raja dan menteri, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan; sifat sejagat. 
  • Hindu - Manusia yang perlu ada pada manusia dan aspek purusharta merangkumi empat objektif mulia yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian. 

Ciri-Ciri Budi Bahasa


Orang yang berbudi Bahasa:

  • Memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus.
  • Mempunyai tingkah laku yang santun.
  • Pemikiran yang luhur.
  • Perasaan yang tenang.
  • Gerak laku yang tertib.
  • Hati yang mulia.
  • Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
  • Tidak mementingkan diri sendiri.

1. Budi Bahasa Masyarakat Melayu 


Keprihatinan masyarakat Melayu terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan ketinggian akhlak. 

Nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah:


  • Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
  • Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
  • Memberi salam apabila bertemu
  • Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
  • Berpakaian menutup aurat
  • Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
  • Makan menggunakan tangan
  • Tidak bercakap semasa makan
  • Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
  • Bersabar
  • Jujur
  • Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa, guru dan orang tua
  • Anak dara duduk bersimpuh
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
  • Mendahulukan orang tua dalam segala urusan

2. Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina


Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup. 

Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu: budi bahasa, kemurahan hati dan sifat baik

Nilai-nilai budi bahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat Cina antaranya ialah:

  • Makan menggunakan penyepit (chopstick)
  • Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
  • Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
  • Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
  • Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
  • Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
  • Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
  • Hormat-menghormati

3. Budi Bahasa Dalam Masyarakat India


Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.

Anatara amalan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India ialah:

  • Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
  • Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
  • Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
  • Tidak bising ketika sembahyang
  • Bersabar dan tidak pemarah
  • Membuka kasut ketika memasuki kuil
  • Berpakaian tidak mencolok mata
  • Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
  • Sentiasa menolong orang susah
  • Tidak membalas dendam
  • Pemaaf 
  • Pemurah 
  • Hormat-menghormati

7 comments:

  1. Boleh saya tahu Sumber rujukan yang awak gunakan?

    ReplyDelete
  2. saya juga ingin tahu siapakah author ini,kerana saya ingin menyiapkan assignment saya...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya nk sumber rujukan boleh? pleasee admin.. :)

    ReplyDelete
  5. bleh sye tahu dari mana sumber rujukan

    ReplyDelete
  6. Boleh saya tahu rujukan anda? Tolong saya.. saya mahu siapkan kerja kursus 😌

    ReplyDelete
  7. Hi can you please give me the sumber rujukan? Thank you!

    ReplyDelete